PERMOHONAN PERMIT IPA JENIS B, C, D DAN E SECARA DALAM TALIAN (ONLINE) MELALUI SISTEM eCLAPS


Berkuat kuasa 3 Januari 2024, kontraktor yang ingin mendapatkan Permit IPA Jenis B, C, D dan E perlu memohon secara online melalui sistem eCLAPS (Centralised Licence And Permit System) yang boleh dicapai melalui laman web SPAN www.span.gov.my. Di antara ciri-ciri utama sistem ini ialah:

 

a.        Permohonan, pembayaran dan cetakan sijil permit maya dibuat oleh pemohon secara online sepenuhnya;

 

b.        Fi proses dan fi permit dibayar bersekali semasa memohon permit. Resit bayaran boleh dicetak sendiri oleh pemohon;

 

c.         Pengurangan dokumen sokongan yang perlu dikemukakan berikutan perkongsian maklumat pemohon melalui integrasi sistem di antara SPAN dengan agensi lain seperti Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB), Lembaga Jurutera Malaysia (LJM) dan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD);

 

d.        Pendaftaran lori tangki dan lori angkut bahan oleh pemegang Permit IPA Jenis E melalui sistem; dan

 

e.        Aduan atau pertanyaan berkaitan permit boleh diajukan melalui sistem.

 

SILA AMBIL PERHATIAN, permohonan Permit IPA Jenis B, C, D dan E melalui sistem e-Permit hanya akan diterima oleh SPAN sehingga 24 Disember 2023 bagi memastikan kelancaran proses peralihan sistem. Sehubungan ini, permohonan permit tidak akan diproses bagi tempoh 25 Disember 2023 sehingga 2 Januari 2024 (tempoh peralihan) dan permohonan permit boleh dikemukakan menerusi eCLAPS mulai 3 Januari 2024.

 

Sebagaimana amalan sedia ada, kontraktor yang ingin mendapatkan Permit IPA Jenis C dikehendaki untuk mengemukakan permohonan melalui laman web Malaysia Contractor Portal (MCP). Selain itu, pemohon Permit IPA Jenis B atau D juga boleh memohon permit melalui MCP dengan syarat memiliki sijil Perakuan Pendaftaran CIDB yang masih sah tempoh.

 

Untuk sebarang pertanyaan berhubung perkara ini, sila hubungi Bahagian Pelesenan dan Tarif di talian 03-8317 9500 atau e-mel permitquery@span.gov.my.


SHARE THIS ARTICLE